Cham VE alami jangkitan kuman pada jantung, Lah Ahmad mohon doa orang ramai

Cham VE alami jangkitan kuman pada jantung, Lah Ahmad mohon doa orang ramai




KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan VE, Charma Adizalilullah Abdul Khalil atau Cham, 46, kini sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat jangkitan kuman pada jantung.


Berita duka itu dikongsi penyanyi Lah Ahmad menerusi Instagram, sebentar tadi. Lah difahamkan berkongsi hantaran daripada seseorang.



"Assalamualaikum kepada semua, pada sahabat handai dan yang mengenali, kawan saya Cham kini ditahan di wad PPUM kerana jangkitan kuman di jantung beliau.


"Dengan rendah diri saya mohon kawan-kawan sekiranya sudi sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar kembali sembuh dan semoga segala urusan rawatan beliau berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi yang serius hendaknya," tulisnya.


Salah seorang bekas anggota VE, Adeep Nahar berkata, dia sedang mendapatkan maklumat daripada keluarga Cham.



Mengulas adakah Cham pernah menghidap sebarang penyakit, Adeep berkata, dia tidak pernah tahu sekiranya Cham mempunyai masalah kesihatan.


"Maaf, saya sekarang berada di Singapura atas urusan kerja. Insya-Allah, saya akan cuba dapatkan pengesahan daripada ahli keluarga dan akan cuba kemas kini maklumat terkini mengenai keadaan Cham," katanya.

Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments