China sahkan subvarian Covid-19 tidak beri kesan buruk dalam masa terdekat

China sahkan subvarian Covid-19 tidak beri kesan buruk dalam masa terdekat

 


SUBVARIAN baharu Covid-19, KP.2 yang telah merebak ke beberapa negara tidak akan menyebabkan kemuncak gelombang jangkitan baharu di China dalam masa terdekat.


Pentadbiran Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kebangsaan (CDC) memaklumkan, sehingga Ahad, kes berjujukan KP.2 berada pada tahap amat rendah, iaitu menyumbang 0.05 peratus hingga 0.3 peratus daripada semua kes berjujukan tempatan yang dilaporkan setiap minggu di China.


Menurutnya, subvarian KP.2 yang bermutasi daripada varian JN.1 menjangkiti lebih ramai pesakit berbanding varian lain di peringkat global sejak Februari.


"Walau bagaimanapun, pakar menyatakan bahawa KP.2 tidak menunjukkan perubahan ketara dari segi patogeniknya dan keupayaan untuk melarikan diri daripada sistem imun.


"Orang ramai dinasihatkan supaya menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka apabila perlu dan menjalani diet yang sihat," katanya. 


Sumber: The Star

Post a Comment

0 Comments