"Cinta tak berbalas dikatakan punca pergaduhan", pelajar simbah asid dibenar ikat jamin RM20 ribu

 


Cinta Hubungan Sejenis

Menurut seorang pengguna tiktok yang mahu dikenali sebagai @InsanBiasa, dia adalah sepupu kepada mangsa Nurul Husna Rahim 22. Pelaku ini memang berkahwin dengan Husna dari zaman matrikulasi, suspek dikatakan jatuh cinta kepada mangsa namun dengan asas agama yang kukuh mangsa tahu itu adalah cinta terlarang.


Artikel berkaitan: Bawa asid sulfurik dari Johor, simbah bekas rakan sebilik di Kelantan'


Akibat tekanan cintanya tak berbalas, suspek meng-edit gambar  mangsa dengan dalam keadaan berbogel dan menyebarkannya pada keluarga mangsa dan kawan-kawan. Sejak itu, mangsa terlalu depress dan malu untuk sambung belajar.


Keluarga mangsa berkata sudah berkali-kali mereka buat laporan polis akan tetapi tindakan dibuat sehinggalah kes menjadi semakin teruk dan terus mangsa depress. Sejurus itu keluarga mangsa terpaksa mencari peguam bagi menyelesaikan perkara ini.


Mangsa ada niat untuk menangguhkan pelajaran oleh kerana sering diganggu kira-kira hampir dua tahun menjadi mangsa stalker oleh suspek, oleh kerana sudah berada di tahun akhir di Universiti pensyarah dan rakan-rakan memujuknya untuk teruskan pelajaran.


Namun tidak sangka rupanya suspek ikut mangsa dari Johor hingga ke Kelantan yang mana tempat mangsa belajar, suspek menyuruh mangsa untuk menarik surat peguam tetapi mangsa berkeras tidak mahu dan jadilah pertengkaran.



Semasa di hadapan tempat mangsa belajar, dikatakan pensyarah, mangsa dan rakan-rakan mangsa turun untuk berbincang dengan suspek namun siapa sangka suspek mengeluarkan asid dari beg laptopnya. 


89% muka mangsa tekena asid dan anggota badan lain, mangsa sekarang kritikal di ICU sedang bertarung nyawa, keluarga mangsa sangat terkejut yang mana suspek boleh diikat jamin sebanyak RM20 ibu oleh kerana suspek beri alasan untuk balik universiti, sekarang keluarga mangsa tertekan dan sangat tidak berpuas hati kerana mangsa merana seumur hidup tetapi suspek dibebaskan walaupun setiap bulan kena datang tandatangan di balai berhampiran tempat tinggalnya.


Jadi bagaimana dengan nasib mangsa yang cacat seumur hidup kerana terkena simbahan asid, pelaku bebas di luar hanya tunggu untuk untuk diadili.

Post a Comment

0 Comments