Daiyan Trisha Batalkan Semua Kontrak Dengan Jenama Pro Israel




Selepas alasan demi alasan cuba diberikan selebriti untuk mengelak dari menjadi mangsa #blockout2024, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menjadi yang pertama membatalkan semua kontrak bersama jenama besar pro Israel.

Tindakan drastik dan berani ini dilakukan Daiyan selepas mengambil kira semua teguran orang ramai.

Saya ingin memaklumkan saya sudah membatalkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama.

Saya terima segala teguran. Saya ambil serius tentang isu ini dan sekarang ini adalah tindakan dan menunjukkan pendirian berterusan saya.


Alhamdulillah, rasanya inilah tujuan utama kempen #blockout2024 ini diwujudkan iaitu memberi kesedaran kepada mereka yang berpengaruh untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin.


Daiyan bagaimanapun tidak mahu mendedahkan kerugian dan penalti yang terpaksa ditanggungnya selepas membatalkan kontrak.


Diharapkan tindakan berani ini dapat dicontohi pempengaruh yang lain dan mari kita bersama-sama tunjukkan solidariti sehingga Palestin bebas dan MERDEKA!


Kredit: mStar

Post a Comment

0 Comments