Darsa Fried Chicken dikecam tidak akan setanding KFC, sekali youtuber Cina terus buat food review

Darsa Fried Chicken dikecam tidak akan setanding KFC, sekali youtuber Cina terus buat food review



Kecoh dua tiga hari ini di dalam laman sosial milik Darsa Fried Chicken berkaitan isu rasis. Baru-baru ini Darsa Fried Chicken milik anak Malaysia telah membuka restoran makanan segera mereka mirip KFC. Ramai yang menyokong pembukaan restoran tersebut dan ramai pula yang menghentam. 




Disebabkan hentaman daripada golongan bukan Melayu, mempersenda dan mentertawa produk buatan Malaysia yang tidak setanding dengan jenama popular seperti KFC, admin laman sosial Darsa telah membalas komen yang turut menghentam golongan bukan Melayu dan dianggap berbaur rasis. 




Namun pihak Darsa turut memohon maaf diatas ketelanjuran mereka dalam menangani masalah yang dihadapi daripada pelanggan terutama netizen laman sosial. Mereka menyatakan bahawa Darsa Fried Chicken mengalu alukan sesiapa sahaja datang ke kedai mereka tanpa mengira bangsa dan agama.


Dipetik daripada Malaysiakini, Teresa Kok salah seorang pemimpin politik DAP menyeru agar kaum bukan Melayu tidak memboikot DFC kerana isu ini adalah kesalahan dua belah pihak. Isu ini juga tidak perlu diperbesarkan kerana akan menggugat keharmonian kaum di negara kita.



Disebabkan isu yang viral ini, Hungry Sam (food reviewer) berbangsa Cina ingin  mencuba sendiri Darsa Fried Chicken atau DFC, untuk mengetahui sama ada ianya benar benar boleh menjadi pengganti kepada KFC.




Ini memandangkan KFC menutup lebih 100 cawangan mereka di seluruh negara atas faktor ekonomi.


Selain itu, ketika ini ramai pelanggan mengeluh dengan KFC yang dianggap seringkali menghidangkan ayam yang bersaiz kecil.


Jadi Sam mahu tahu sendiri, sama ada DFC benar benar ada potensi menggantikan KFC dari segi kualiti ayam goreng dan hidangannya?


Hungry Sam yang berbangsa Cina telah mencuba sendiri DFC. Dan ternyata dia benar benar berpuas hati dengan kualiti ayam serta sos bawang.


Sam berkata: “Saya menunggu sejam [untuk mendapatkan ayam DFC], lebih baik kamu sedap.




“Jom cuba dia punya coleslaw dahulu, seperti sayur yang dicincang. Rasanya manis, saya tak suka yang ni.


“Ini [kentang putar] dia nampak seksi [menggoda]. Sejuklah pula. Kalau mereka hidangkan ia panas, ini akan jadi hidangan sempurna. Rasanya bagus sekali.”


Kemudian Sam beralih kepada ayam goreng Darsa yang didakwa boleh menjadi pilihan baharu menggantikan ayam goreng KFC.


Sam jelas teruja dengan kualiti ayam goreng berempah.


“Ayam goreng berempah dia sangat comel. Berbaloi saya tunggu lama. Dan ayamnya digoreng segar. Yang ni benar benar sedap.


“Jom cuba sos bawang putih dia.”


Sam menunjukkan wajah berpuas hatinya sambil memberikan markah 9.2/10 untuk sos bawang putih itu.


“Ini sedap la kawan. Dengar kata mereka nak ganti KFC kan? Tiada masalah!


“Saya pasti akan pilih DFC berbanding KFC pada bila bila masa. Ayam ini benar benar mewakili rasa Malaysia.


“Kentang putar KFC bagus. Namun DFC punya lagi sedap.


“Coleslaw KFC teruk, DFC pula lagi teruk,” tegas Sam.


Dia kemudian memuji saiz ayam yang sangat besar dan berharap DFC boleh mengekalkan standard dan kualiti hidangan mereka.


Sam menyatakan: “Lihat tulang dia warna putih, bermakna ini ayam segar. Harap mereka boleh kekalkan kualiti ini.




Sambil Sam menari nari kegembiraan menikmati ayam goreng dicicah pada sos bawang putih: “Ini sedap.. yeah!”


Akhir sekali dia berharap DFC dapat meluaskan perniagaan mereka kalau serius mahu menggantikan KFC di hati rakyat Malaysia.


VIDEO: 


“Jika kamu benar benar nak ganti KFC, besarkan perniagaan kamu. Kepada mereka yang bekerja di KFC sebelum ini, boleh kerja di DFC.


Dia sekali lagi memuji sos bawang putih: “Sos bawang putih dia memang terlalu sedap. Perfecto!”


Netizen daripada pelbagai bangsa benar benar terpengaruh dengan reviu daripada Sam dan ramai menyatakan mereka benar benar mahu mencuba DFC selepas ini.





Kredit: Vocket


Post a Comment

0 Comments