Segelintir lelaki memiliki ego
yang tinggi untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah kelelakian. -Gambar
hiasan
Seorang lelaki
yang mengalami bengkak zakar menanggung derita selama 17 tahun kerana dia tidak
pernah mendapatkan rawatan di hospital.
Selepas hampir dua dekad, lelaki itu akhirnya
berjumpa dengan doktor sebelum dia disahkan dijangkiti cacing mikroskopik yang
menyebabkan keradangan pada bahagian alat sulit dan kakinya.
Dia didiagnosis dengan filariasis limfatik
kronik.
Ia merupakan jangkitan parasit yang disebarkan oleh nyamuk.
Penyakit itu menyebabkan cacing yang dikenali
sebagai nematod menyerang sistem limfa, yang bertanggungjawab untuk melawan
jangkitan dan mengekalkan keseimbangan cecair badan.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit
(CDC), filariasis limfa dianggap sebagai penyakit tropika yang diabaikan.
Lebih 120 juta orang di 72 negara di Asia,
Afrika, Pasifik Barat, dan bahagian Caribbean dan Amerika Selatan terjejas oleh
penyakit tropika, kata CDC.
Walaupun lelaki berusia 72 tahun itu tinggal
di Switzerland selama 20 tahun, dia telah berhijrah ke sana dari Zimbabwe 20
tahun sebelumnya.
Laporan mengenai pesakit itu diterbitkan menerusi New England Journal of Medicine oleh doktor di Hospital Universiti Basel.
- The Sun.
0 Comments