Badung, Bali - Akibat tekanan hidup, dua beradik yatim piatu nekad terjun jambatan untuk membunuh diri. Mangsa bernama Ketut Sutama berusia 23 tahun mengajak adiknya bernama Putu Yasa terjun jambatan setinggi 70 meter.
Pihak polis dengan bantuan orang ramai berusaha mengeluarkan mayat mereka dari lokasi kejadian.
Mereka sebenarnya 3 bersaudara, Ketut anak kedua menjadi ketua keluarga sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia. Manakala anak sulung iaitu kakak mereka sakit terlantar.
Difahamkan dua beradik ini nekad bunuh diri disebabkan masalah kewangan serta hutang yang banyak. Lebih parah lagi ahli keluarga dua beradik ini tidak ada wang untuk menguruskan mayat mereka.
Pihak polis setakat ini masih menjalankan siasatan kes bunuh diri ini.
Kredit: Liputan 7
0 Comments