Dua lelaki mengaku salah ceroboh Istana Negara

Dua lelaki mengaku salah ceroboh Istana Negara

 

Kenderaan yang digunakan dua suspek ketika cuba memasuki Istana Negara.

DUA lelaki yang cuba menceroboh Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 17 Mei lalu mengaku bersalah.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata suspek yang melakukan kesalahan itu dituduh mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.


“Pertuduhan tambahan dikenakan ke atas seorang suspek di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya.


“Bagaimanapun suspek tidak mengaku bersalah untuk pertuduhan itu.


"Motif cubaan pencerobohan Istana Negara yang dilakukan dua suspek tersebut adalah tidak dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. 


Sumber: The Star

Post a Comment

0 Comments