Hidup sebagai perempuan selama 27 tahun, wanita tersentak ada dua alat sulit didiagnosis miliki testis dalam perut

Hidup sebagai perempuan selama 27 tahun, wanita tersentak ada dua alat sulit didiagnosis miliki testis dalam perut




Beijing: Selepas 27 tahun menjalani kehidupan sebagai hawa, pemeriksaan kesihatan wanita di China ini mendedahkan dia memiliki dua alat sulit dengan penemuan testis dalam perutnya.


Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Li Yuan, dari wilayah Hubei, tengah China berkata, dia tidak datang haid dan perkembangan payu daranya terbantut sejak baligh menyebabkannya ke mendapatkan rawatan pada usianya 18 tahun.


"Saya didiagnosis dengan tahap hormon yang tidak normal dan kemungkinan kegagalan ovari. Doktor juga mengesyorkan ujian kromosom susulan pada masa itu, tetapi saya dan keluarga tidak mengambil serius nasihat itu.


"Tapi baru-baru ini hidup saya berubah selepas menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi urusan perkahwinan," katanya.




Pakar sakit puan, Duan Jie yang mendiagnosis Li mengalami gangguan jarang berlaku, hiperplasia adrenal kongenital (CAH)


"Keputusan ujian selepas sebulan pemeriksaan mengesahkan Li ada kromosom seks lelaki, tetapi kelihatan perempuan.


"Fizikalnya Li perempuan tetapi secara kromosomnya dia lelaki. Diagnosis awal dan rawatan untuk orang yang mempunyai simptom serupa dengan Li adalah penting," katanya.


Difahamkan, kedua-dua ibu bapa Li membawa gen yang menyebabkan gangguan itu, jadi Li mewarisi keadaan abnormal itu.


Keputusan ujian juga mendedahkan, Li mengalami osteoporosis dan kekurangan vitamin D disebabkan kekurangan rawatan awal.


Pada awal April lalu, Li berjaya menjalani pembedahan mengeluarkan alat sulit itu yang tersembunyi dalam perutnya bagi mengelak kanser.


Dia memerlukan ujian susulan yang kerap dan terapi hormon jangka panjang. Dianggarkan kira-kira 1 dalam 50,000 bayi dilahirkan dalam keadaan CAH ini.


Kisah Li meraih perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai reaksi berbeza, malah ada yang kagum atas keberaniannya krisis identiti seperti itu.


Post a Comment

0 Comments