IMAM Masjid Maarufi Seberang Kota Kuala, Kedah iaitu Muhammad Hazamer menafikan dakwaan dia hanya mencari populariti berkenaan pendedahan yang dilakukan mengenai pasangan tular membawa anak sakit menaiki motosikal.
Kata Hazamer, dia mendedahkan perkara tersebut kerana mahu menjelaskan beberapa kekeliruan orang ramai berkenaan status pasangan itu.
“Kami di pihak kariah hanya jelaskan dan pertahankan apabila ada yang kata kami tidak mengambil tindakan. Kalau tidak beri penjelasan, makin teruk orang hentam kami.
“Saya tidak mahu populariti, kita cuma nak bagi penjelasan mengenai status mereka sahaja,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Hazamer berkata, setelah beberapa kali dinasihatkan untuk berkahwin, akhirnya Azlan melangsungkan perkahwinan pada Selasa, 28 Mei.
0 Comments