"Menolak melakukan hubungan intim" - Suami kecewa isteri seorang lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah

"Menolak melakukan hubungan intim" - Suami kecewa isteri seorang lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah

 



CIANJUR - Hati suami mana tidak hancur luluh apabila mengetahui isteri yang dikahwini rupa-rupanya adalah seorang lelaki.


Portal Detik.Com melaporkan pembongkaran berlaku setelah 12 hari pasangan itu melangsungkan perkahwinan.


Lelaki yang dikenali sebagai Adinda Kanza berjaya mengaburi mata AK, 26, pemuda yang berasal dari Kampung Wangunjaya, Daerah Naringgul, Cianjur hingga mereka disatukan baru-baru ini.


AK pada awalnya sama sekali tidak menyangka Adinda bahawa seorang lelaki meskipun mereka telah menjadi pasangan kekasih selama setahun.


Sehinggalah, selepas mereka berkahwin apabila Adinda menunjukkan sikap yang mencurigakan termasuk menolak untuk melakukan hubungan badan, selain tidak suka bergaul dengan keluarga AK dan masyarakat setempat.


Menurut polis setempat yang melakukan siasatan menjelaskan, jika diperhatikan Adinda tidak ubah seperti perempuan, apatah lagi apabila setiap kali keluar rumah dia mengenakan pakaian wanita yang lengkap.


"Apatah lagi apabila dia mengenakan solek memang mirip wanita, jika diperhatikan daripada foto pernikahan mereka juga terlihat seperti wanita, suaranya juga lembut, jadi langsung tidak menimbulkan keraguan bahawa dia adalah lelaki," kata Kanit Reskrim Polsek Naringgul Bripka Ridwan Taupik pada Sabtu.


Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.


Kredit: Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments