Seperti sedia maklum penjaja yang menjaja di hadapan sekolah adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, kebanyakan mereka terdiri daripada peniaga yang tiada permit untuk menjalankan aktiviti itu.
Namun bukanlah sahaja soal permit atau lesen perniagaan, Public Health Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menjual makanan tidak sihat pada kanak-kanak adalah perkara larangan dan mempunyai garis panduan, tidak wajar membuat andaian seperti 'makanan sihat tidak laku' sampai bila nak lihat makanan yang tidak sihat terus disogok kepada kanak-kanak sekolah.
Pihak berkuasa tempatan juga harus mainkan peranan untuk melakukan tindakan penguatkuasaan, kasihankan peniaga kasihankan lagi pada kanak-kanak yang hari-hari terdedah dengan makanan tidak sihat.
Orang ramai, ibu bapa, dan guru perlu sentiasa memantau dan memberi nasihat kepada kanak-kanak bahawa makanan tidak sihat dimakan hari-hari akan memberi kesan yang tidak baik dan bahaya untuk kesihatan.
Biasalah kanak-kanak kadang-kadang mereka lupa hanya tahu berseronok; kebiasaan guru-guru sekolah sudah pesan pada pengawas sekolah sesiapa yang membeli makanan dari penjaja luar catat nama murid yang membeli dan akan diambil tindakan oleh guru besar.
Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menetap garis panduan makanan yang boleh dijual di kantin sekolah semata-mata nak jaga kesihatan para murid, tetapi sampai je di luar pagar sekolah tak seiring apa yang dilakukan pihak sekolah dengan yang berada di luar pagar.
'Contoh yang berlaku jual maggi dalam cawan, budak mana tak terliur tengok maggi'
Sumber: Public Health Malaysia, Facebook
0 Comments