Kantoi "beromen" dalam kereta, rupanya kereta pinjam - Anak imam tampil beri penjelasan selepas nombor plat kereta tular




ANAK kepada pemilik Perodua Axia yang tular sejak pagi tadi melakukan aktiviti tidak senonoh di dalam kereta di perkarangan sebuah masjid dekat Kuala Lumpur tampil memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar.


Menerusi hantaran pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hilmi Hamdan, kereta Axia dengan nombor pendaftaran TBY 3064 itu merupakan kenderaan milik ayahnya yang merupakan seorang pesara guru dan imam di sebuah surau.


Katanya, kereta Axia itu telah digunakan oleh adik bongsu yang sedang menuntut di Kuala Lumpur.


“Adik saya merupakan lepasan tahfiz, dan di sana beliau juga menjadi imam dan guru mengaji.


“Kami insya-Allah datang daripada keluarga yang baik, bukan pembuat maksiat sebagaimana ditularkan,” tulisnya.


Jelasnya lagi, pada beberapa hari lalu, kawan kepada adiknya yang dikenali sebagai I telah meminjam kenderaan itu.


Kata Hilmi, adiknya telah membenarkan rakannya meminjam kereta kerana mahu menghantar kawan ke klinik.


“Peristiwa dan rakaman tersebut berlaku selepas mereka ke klinik, dan pesalah dalam kereta itu adalah I, kawan adik saya.


“Bukan adik saya, apatah lagi ayah saya sebagai pemilik kereta,” ujarnya.


Tambah Hilmi, beliau kini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan I dan telah dimaklumkan bahawa I telah ke masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan pihak berkaitan.


“kes ini dipanjangkan ke pejabat agama atau apa-apa, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab kami.


“Saya hanya ingin membersihkan nama ayah saya yang telah ditularkan dan dilemparkan kata-kata kesat.


“Saya berharap pesalah itu insaf dan mengambil pengajaran atas keterlanjuran dan kekalahan kepada godaan syaitan,” ujarnya.


Sehingga kini terdapat beberapa nombor tidak dikenali telah menghubungi ayahnya


Jelasnya, kereta tersebut merupakan kereta keluarga namun terpaksa merehatkan buat sementara kerana telah menerima ancaman.


Kredit: Utusan Malaysia

Post a Comment

0 Comments