MAHKAMAH Rayuan
Putrajaya menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang lelaki warga emas
dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya berusia 77
tahun, empat tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi
Ibrahim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Mohamed Zaini Mazlan sebulat suara
membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Mohamad Shaharudin Zakaria,
69, untuk mengetepikan hukuman penjara 38 tahun yang dijatuhkan terhadapnya
oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak tahun lepas.
Mahkamah memerintahkan Mohamad Shaharudin menjalani
hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 4 Mei 2020.
Hukuman penjara selama 38
tahun yang dijatuhkan kepada seorang warga emas digantikan dengan hukuman
penjara 30 tahun.
"Hukuman penjara 38 tahun diketepikan
dan digantikan dengan hukuman penjara 30 tahun. Kami mengambil kira faktor usia
seperti yang dihujah peguam,” kata Hakim Ahmad Zaidi.
Mohamad Shaharudin didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi
Ipoh pada tahun lepas kerana membunuh Zaharah Khalid dengan menjerut dan
mencampakkan mayatnya ke dalam parit di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang
Laut, Seri Manjung, Manjung, Perak kira-kira pukul 8 malam, 3 Mei 2020 mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Terdahulu, peguam Rajith Singh yang mewakili Mohamad
Shaharudin berhujah bahawa anak guamnya yang sudah berusia itu menghidap
penyakit tekanan darah tinggi, jangkitan paru-paru dan asma.
"Saya memohon mahkamah ini menjatuhkan hukuman
dengan mengambil kira faktor usia dan kesihatan perayu, ia merupakan kesalahan
pertamanya,” kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berhujah
bahawa hukuman penjara 38 tahun perlu dikekalkan kerana lelaki itu tidak
dikenakan hukuman sebatan.
"Sekiranya mahkamah membenarkan, saya mencadangkan hukuman sekurang-kurangnya 35 tahun (penjara) dikenakan terhadap perayu,” katanya.
Sumber: The Star
0 Comments