Kisah Azri, mangsa simbahan asid oleh adik sendiri kembali tular



Kes ini berlaku pada tahun 2010 selepas 3 bulan kematian ayah Azri. Azri seorang pekerja kilang buta dan melecur hampir seluruh badan sejak setahun lalu akibat disimbah asid, tetapi yang lebih menyedihkan, perbuatan itu dilakukan ahli keluarga sendiri. 



Mangsa, Azri Abdullah, pada ketika itu berusia 42, berkata, kejadian berlaku 22 Disember tahun lalu di rumah ibunya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, iaitu kira-kira tiga bulan selepas kematian bapanya. 



Menurutnya, sebelum kejadian, dia pergi ke rumah ibunya untuk mengambil salinan asal geran motor milik arwah bapanya kerana mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan itu. 


Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati pintu dan tingkap rumah berkunci, malah ibu dan adik-beradiknya tidak menyahut panggilannya. 



“Mereka enggan buka pintu, jadi saya cuba intai melalui lubang dinding rumah dan dapati emak serta semua adik-beradik saya berada dalam rumah.



“Saya panggil mereka, tapi mereka buat tak tahu. Saya nampak seseorang pegang bekas kecil dan terus simbah melalui lubang tempat saya mengintai,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, semalam. 



Azri berkata, mata dan mukanya berasa panas dan sakit apabila terkena cecair itu, sebelum menjerit meminta bantuan ibu dan adik-beradiknya. 



“Mereka tidak peduli, menyebabkan saya terpaksa mendapatkan bantuan daripada ibu saudara yang tinggal berdekatan. Saya tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya,” katanya. 



Menurutnya, dia koma selepas kejadian dan dipindahkan ke tiga hospital dan terbaru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan. 



“Hampir 11 bulan saya menanggung kesakitan ini. Saya sukar bernafas, harapan untuk kedua-dua mata pulih juga tipis. Lebih menyedihkan, sepanjang terlantar sakit, tidak sekalipun ibu atau adik-beradik datang bertanya khabar,” katanya dalam nada sebak.  



Ketika ditanya, kenapa ada orang sanggup bertindak kejam terhadapnya, Azri berkata, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar, namun tidak menafikan ada yang mungkin berdendam atau tidak berpuas hati terhadap tegurannya.

 

Azri, adalah anak sulung daripada enam beradik dan sejak kematian bapanya dia bertindak sebagai ketua keluarga dan kerap menegur kelakuan adiknya. 



“Biar apa pun layanan adik-beradik terhadap Azri, Azri tetap sayang dan maafkan mereka. Azri redha dan sangat rindukan mereka,” katanya teresak-esak.


 


Kembali menuntut hak

 

Pada tahun 2016, Azri ke mahkamah dan kembali menuntut hak. Peguam Azri, Anbananthan Yathiraju berkata, menyedari perkara itu dia kemudian menghantar surat kepada pejabat peguam negara supaya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar membuka semula kes itu.



"Hasilnya suspek kes itu dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 25 Mac lalu.



"Selepas pertuduhan dilakukan hakim kemudian memutuskan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes," katanya.



Selain itu mangsa turut merayu bantuan orang ramai bagi mengumpul dana RM160,000 untuk menjalani pembedahan.

 

 

Suspek dilepaskan disebabkan kekurangan bukti 


Pada 14 Okt 2016: "Masuk mahkamah sampai berapa tahun, kini baru buka balik (kes), lantik peguam, 25 Mac 2015 tertuduh ditangkap, tiba-tiba keputusan dapat macam ini.



"Memang Azri tak puas hati sebab Azri dan cacat. Saya maafkan dia, namun terkilan kerana tidak mendapat pembelaan sewajarnya.”



Itu keluhan mangsa simbah asid Azri Abdullah,48, selepas tertuduh, Azwan Abdullah, 34 yang juga adiknya dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan mendatangkan kecederaan parah ke atasnya di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini, pagi ini.



Azri berkata, tertuduh merupakan adik kesayangannya dan dia sudah lama memaafkan adik bongsunya itu.



Bagaimanapun, katanya, dia mahukan pembelaan sewajarnya selepas buta kedua-dua mata dan cacat kekal akibat kejadian enam tahun lalu itu.



Hakim, Julie Lack Abdullah, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada keputusan di akhir kes pendakwaan.

 

Kredit Foto: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments