LOKASI menjadi
faktor penting bagi mereka yang gemar makan di luar terutamanya selepas pulang
bekerja, ketika bersama keluarga atau untuk sambutan tertentu.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Khairy
Malik di akaun Facebook miliknya, dia mengaku berasa hairan dengan individu
atau golongan yang bersikap cerewet dalam memilih lokasi makan.
Khairy berkata dia mempunyai tanggapan bahawa
mana-mana individu yang menolak untuk makan di warung atau gerai terdiri
daripada orang berada.
"Aku ada beberapa kawan yang dulunya aku rasa diaorang ni high
maintenance. Hanya sebab mereka tak suka makan kat warung.
"Aku terus fikir diaorang ni anak orang
kaya. Orang have-have (ada-ada). Tak boleh makan tepi jalan.
![]() |
Sesetengah orang tidak makan di warung atau gerai kerana faktor kebersihan. -Gambar hiasan
"Aku ni dibesarkan dari keluarga orang
susah. Makan warung je la selalunya. Jarang dapat makan 'fine dining' ni,"
katanya.
Bertukar ke jabatan baharu, dia berdepan pula
dengan majikannya yang tidak segan silu untuk mengaku bahawa dia tidak suka
makan di tempat-tempat bising sebaliknya lebih memilih restoran atau kafe yang
suasananya jauh lebih tenang berbanding gerai.
"Sudah tentulah, bos aku dah (tahap) consultant,
mestilah dia have-have, manalah nak makan di warung-warung ni,"
ujarnya sekali lagi.
Bagaimanapun, persepsinya mula berubah apabila
usia semakin meningkat dan dia baru faham bahawa memilih untuk makan di tempat
yang selesa dan tenang tiada kaitan dengan kekayaan sebaliknya lebih kepada
faktor umur.
Sewaktu lelaki itu pergi ke gerai yang sering
dikunjunginya, dia terpaksa berdepan dengan orang-orang tidak beradab yang
memotong barisan ketika beratur lantas tersedar bahawa apa yang majikannya
katakan sebelum ini, ada betulnya.
"Semalam pergi warung. Memang warung ni
sedap tak tipu. Ramai orang. Waktu beratur nak order tu, tak ada
queue. Aku beratur lama, tapi ada dua tiga orang potong queue aku dapat order
dulu.
"Eh kenapa macam ni? Tak propernya
ambil order dia.
"Lepas tu terus 'flashback' apa yang
'consultant' aku cakap. Kalau 'fine dining', 'dinner' di mall, lebih 'proper'.
Ya, mana ada potong-potong queue macam ni," katanya.
![]() |
Golongan
yang berada dikatakan sering memilih tempat makan yang selesa dan tenang.
-Gambar hiasan
Dia turut menceritakan tentang suasana di situ
yang kotor, bising dan tidak selesa dengan tong sampah yang sudah penuh dengan
pinggan, mangkuk dan cawan yang dibuang pelanggan.
"Cari tempat duduk, duduk dekat meja yang
dah penuh plastik pinggan mangkuk dan cawan yang tak sempat dibuang oleh
pelanggan.
"Tak salahkan pelanggan pun sebab memang
tong sampah dah penuh. Aku rasa kalau tong sampah tu kosong, pelanggan yang
makan tu mesti reti je nak buang dalam tong sampah," katanya.
Tambahnya lagi, lokasi gerai yang terletak di
tepi jalan turut menyumbang kepada keadaan yang kurang senang, dengan kereta
yang lalu lalang dan asap rokok yang datang dari meja sebelahnya.
Berdepan situasi itu dia sekali lagi terimbas
kata-kata majikannya.
Kini dia telah mengubah perspektifnya terhadap
mereka yang mengelak untuk makan di warung mahupun gerai di tepi-tepi jalan.
Mestilah dia
have-have, manalah nak makan di warung-warung ni. - Khairy Malik
"Dulu aku rasa orang yang jenis tidak
makan di warung ini orang yang high maintenance, yang tidak pernah
rasa susah, yang hanya mengada tidak mahu makan di warung. Tapi bila makin
meningkat usia, aku sendiri juga perlukan ketenangan.
"Mungkin aku tidak sepatutnya menilai
orang yang memilih untuk makan di restoran, terpulanglah mereka mahu makan di
mana, mereka mampu, kenapa aku nak dengki," katanya lagi.
0 Comments