Mayat manga
disimen di dalam sebuah tong plastik sebelum ia dibuang di kawasan takungan air
di Pattaya.
SEORANG lelaki Korea yang hilang sejak awal bulan
ini ditemukan maut disimen di dalam sebuah tong plastik di Pattaya, Thailand,
pada Sabtu.
Menurut kenyataan Kedutaan Korea
di Thailand, mangsa yang dikenali sebagai Roh memasuki Thailand pada 30 April.
Pada 7 Mei, ibu lelaki itu
menerima panggilan telefon yang meminta wang tebusan berjumlah RM393,787.
Suspek memberitahu wanita itu
bahawa anaknya telah menyebabkan mereka kerugian besar dengan 'membuang dadah'
dan mengugut untuk membunuhnya.
Penculik juga mengancam untuk
memotong anggota badan Roh dan menjual organnya di pasaran gelap jika wang
tebusan tidak dibayar menjelang 8 Mei.
Si ibu segera melaporkan kejadian
itu kepada kedutaan Korea di Thailand, yang kemudiannya meminta kerjasama
daripada polis negara berkenaan.
Roh dilaporkan mempunyai seorang
isteri warga Thailand yang berkata dia kali terakhir melihat Roh pada 2 Mei di
sebuah pub di kawasan Royal City Avenue di Bangkok.
Polis memeriksa rakaman kamera
litar tertutup (CCTV) dan mendapati Roh diiringi oleh dua lelaki sebelum
menaiki sebuah kereta sewa menuju ke Pattaya kira-kira jam 2 pagi pada 3 Mei.
Siasatan akhirnya membawa kepada
penemuan sebuah tong plastik berisi simen di kawasan takungan air di Pattaya.
Polis menghantar penyelam sebelum
menemukan mayatnya disimen di dalam tong berkenaan.
Polis Thailand mengenal pasti tiga
suspek, dipercayai warga Korea.
Seorang daripada mereka melarikan diri dari Thailand pada Khamis, manakala dua lagi masih dikesan.
Sumber: Korean JoongAng Daily
0 Comments