Sebelum ini tular kisah seorang wanita yang kononnya dipukul
suami dan dihalau mertua. Dia dan dua orang anaknya menangih simpati di LRT
Setiawangsa dengan orang ramai untuk mendapatkan duit pulang ke kampung di
Kedah.
Namun, ibu mertua menafikan dakwaan menghalau dan mendera menantu. Sebaliknya, menantunya yang selalu lari dari rumah dan akan balik ke Kuala Lumpur beberapa bulan kemudian dalam keadaan mengandung.
Terbaru, seorang
pengguna TikTok yang mengaku saudara kepada si suami membuat pendedahan
mengejutkan. Dia memuat naik keadaan suami yang kurang upaya dengan keadaan
sebelah kaki dipotong.
Katanya, mustahil si suami dapat memukul isteri dalam keadaan sebegitu. Walaupun kurang upaya, suami yang menjaga tiga anak kecil yang ditinggalkan isteri di rumah.
Dakwanya lagi, si isteri mereka-reka cerita demi meraih simpati
masyarakat. Malah, ini bukan kali pertama terjadi.
Lebih mengejutkan apabila individu ini mendakwa bayi yang baru dilahirkan
bukanlah dari darah daging suami. Korang bacalah sendiri dakwaan ni, plot twist
habis!
Jelasnya, dia hanya mahu menceritakan perkara sebenar dan orang ramai
berhak untuk percaya atau tidak. Dia cuma berharap anak-anak yang tidak berdosa
dapat dijaga dengan baik dan sihat.
Kredit: TikTok @imysmas
0 Comments