MAJLIS Daerah
Sik (MDS) menafikan dakwaan berlakunya perlanggaran integriti dalam pemilihan
calon bagi mengisi kekosongan jawatan yang dibuka di pejabatnya.
Ia selepas tular beberapa komen di ruangan
pengiklanan kerja kosong oleh MDS dimuat naik di sebuah Group Facebook
menuduh majlis daerah berkenaan mengamalkan pengambilan kroni untuk memenuhi
jawatan kosong yang diiklankan..
"Kenyataan yang diutarakan warganet melalui perkongsian laman sosial ‘Facebook’ milik Wan Husna Wan Kadir pada 16 Mei 2024 (Khamis) adalah tidak benar. Pemilihan calon untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sik adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia," katanya.
Dalam pada itu, majlis daerah
berkenaan menyatakan pihaknya turut mengambil beberapa langkah untuk memastikan
proses pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut dilakukan secara
telus.
Tangkap layar hantaran iklan
kerja kosong yang tular dan menerima reaksi negatif daripada warganet.
Ia antara lain dengan melantik panel temu
duga terdiri daripada Ketua Jabatan (Pihak Berkuasa Melantik), Ahli Majlis dan
wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah daripada Bahagian Sumber
Manusia.
"Calon-calon yang terpilih perlu menghadiri
ujian fizikal atau ujian bertulis berdasarkan jawatan yang dimohon bagi
melayakkan calon disenarai pendek ke sesi temu duga.
"Setelah selesai sesi temu duga senarai nama
calon yang terpilih akan dihantar untuk tapisan daripada Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Calon yang berjaya adalah tertakluk
daripada keputusan tersebut," jelas kenyataan itu lagi.
Sumber: Majoriti
0 Comments