Ketika timbul persoalan mengenai kesahihan status
Myra Natasya yang mendakwa dia ialah anak tidak sah taraf, ibu wanita itu tampil
mengesahkan perkara tersebut.
Yusnita Omar, 49, berkata dia
sebagai ibu yang melahirkan aktres berkenaan mengakui anaknya itu lahir bukan
hasil perkahwinan yang sah antara dia dengan bekas penyampai radio, Halim
Othman.
Yusnita juga berkata, dia tidak
berasa marah dengan pendedahan dibuat Myra kerana apa yang berlaku semuanya
sudah menjadi sejarah.
![]() |
Myra berkongsi perbualan mesej bersama ibunya. Foto: mStar
"Apa yang sudah berlaku
biarlah berlalu. Allah sudah aturkan semuanya. Saya gembira dengan kehidupan
saya sekarang," katanya.
Dalam pada itu, Myra turut memohon
maaf kepada ibunya kerana terpaksa berkongsi kisah peribadi mereka kepada umum.
Bagaimanapun Myra bersyukur kerana
ibunya sangat memahami dengan situasi yang dilaluinya sejak sekian lama.
"Saya ada bertanya kepada ibu
sama ada dia marah apabila saya mendedahkan semua ini kepada umum.
"Ibu berkata tidak mengapa,
dia faham apa yang saya lalui selama ini," ujarnya.
Sebelum itu, Myra mendedahkan
Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti dicanang sebelum
ini dan dia merupakan anak tidak sah taraf. '
Ibu kata tidak mengapa, dia faham apa yang saya lalui selama ini. - MYRA NATASYA
Myra memberitahu sebelum ini dia
terpaksa menipu tentang cerita perkahwinan Halim dan ibunya kerana ingin
menjaga nama baik personaliti berkenaan.
Pelakon itu berterus terang tentang statusnya selepas Halim didakwa menukar status sijil kelahirannya dengan mengisi namanya pada bahagian maklumat bapa yang sebelum ini kosong.
Tidak hanya itu, Myra terguris
hati apabila nama bapa angkatnya iaitu Kenny Chan, 60, diletakkan di ruang
pemberi maklumat.
![]() |
Myra terpaksa mendedahkan cerita sebenar kepada umum |
Pada April 2022, Myra membuat
pendedahan eksklusif kepada media bahawa dia tidak berbintikan Halim
kerana ibu bapanya bernikah di Thailand pada 1995.
Kata Myra, mereka bercerai ketika
dia berusia setahun dan urusan penceraian itu kemudian diselesaikan di Thailand
pada tahun 1998.
Usaha media untuk mendapat komen
Halim berhubung pendedahan itu tidak berhasil kerana dia tidak menjawab
panggilan dan mesej dibuat.
Sumber: mStar
0 Comments