"NAK jaga
suami, jaga perutnya dulu."
Begitulah pesanan yang sering dititipkan
masyarakat dahulu kepada golongan wanita masa kini yang bakal mendirikan rumah
tangga.
Bagaimanapun, seiring peredaran zaman, memasak kini bukan satu keutamaan dalam rumah tangga kerana golongan isteri mempunyai kerjaya dan kekangan masa, yang mana menyumbang kepada ekonomi keluarga dianggap lebih penting.
Wanita akan lebih pandai masak lepas berkahwin
Menerusi satu hantaran tular, seorang lelaki
berkongsi kisah rakannya yang gagal mendapatkan pasangan disebabkan rata-rata
wanita yang ditemui semasa temu janji (blind date) mengakui tidak
pandai memasak.
"Member aku setiap minggu pergi blind
date, tapi sampai sekarang tak jumpa perempuan reti masak walaupun
perempuan jenis kampung, belajar tak tinggi pun.
"Susah nak jumpa perempuan lahir tahun
2000 reti memasak sekarang," luahnya di laman X.
Bukan itu sahaja, dia turut menyifatkan wanita
alaf baru yang mahir memasak adalah golongan 'rare' atau jarang
ditemui.
"Memang rare la perempuan reti
memasak sekarang ini," tambahnya.
Kenyataannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga menjadi tular di laman X.
Masak adalah love
language perempuan, kalau dia masak untuk kau maksudnya dia sayang kau. - WARGA MAYA
Di ruangan komen balas, ramai yang menyatakan
wanita akan mengaku tidak tahu memasak kerana bimbang sajian yang dihidangkan
tidak menepati cita rasa lelaki.
"Kalau orang tanya pandai memasak atau
tidak, memang auto cakap tak pandai sebab tak mahu nanti tak capai
'expectation' dia dan segan tunjuk kemahiran.
"Rasanya kalau yang pandai masak pun tak
mengaku pandai semasa blind date, kalau 'taste' tak sama... nanti kena
kecam pula.
Antara
reaksi warga maya di ruangan komen.
"Biasanya lepas kahwin baru auto nak
belajar dan pandai memasak... macam aku dan ramai lagi kawan yang lain,"
ujar beberapa warga maya.
Tidak kurang juga yang menyatakan kebanyakan
wanita yang mengaku tidak pandai memasak adalah disebabkan mereka tidak suka
kepada lelaki tersebut.
"Kebanyakan perempuan yang cakap dia tak
suka masak tu maksudnya dia tak suka kat hang (awak). Kalau dia dah suka,
sanggup buka resipi Che Nom ikut satu-persatu.
"Masak adalah love language perempuan,
kalau dia masak untuk kau maksudnya dia sayang kau dan sebab itu aku selalu
rasa if perempuan ada isu dengan memasak... dia tak cukup sayang
lelaki tu," tambah segelintir netizen lagi.
0 Comments