Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan bahawa penganjur acara parti Pinkfish
Festival telah mematuhi syarat sewaan ketika menganjurkan parti dalam gerabak
KTM.
KTMB turut
menyatakan bahawa mereka akan mempertingkat lagi serta menambah baik garis
panduan sewaan tren khas atau Charter Train.
Ini
berikutan kontroversi yang melanda baru baru ini apabila tren KTM disewa untuk
menganjurkan acara parti Pinkfish Festival yang membuatkan KTMB mulai menjadi
subjek kritikan.
KTMB
menerima banyak kritikan kerana dianggap telah memberikan kebenaran untuk
penganjur acara yang tidak selari dengan prinsip Malaysia Madani.
KTMB bagaimanapum menyatakan bahawa pihak
penganjur parti tersebut telah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KTMB
berdasarkan syarat sewaan tren khas.
Dipetik daripada Harian Metro, KTMB
berkata: “KTMB telah menetapkan syarat-syarat seperti larangan merokok,
alkohol, penggunaan dadah dan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar
undang-undang dan ia telah dipersetujui dan dipatuhi oleh pelanggan kami.”
KTMB kemudian menegaskan bahawa sudah menjadi
tanggungjawab mereka untuk menyediakan tren dan Koc mengikut permintaan dan
aktiviti pelanggan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
KTMB menambah, perkhidmatan Charter Train
tersebut sudah diperkenalkan sejak 2021 kepada pihak atau indivifu yang
berminat membuat sewaan khas.
Menurut KTMB lagi, perkhidmatan ini mendapat
sambutan menggalakkan daripada ramai pihak termasuk kementerian, syarikat
berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta dari dalam dan luar negara serta
persatuan.
Namun begitu KTMB akan berusaha menambah baik
prosedur dan garis panduan Charter Train selepas ini. Ini untuk memastikan
mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik yang memuaskan hati pelanggan
mereka demi kepentingan awam dan syarikat itu sendiri.
Kredit: Vocket
0 Comments