Mayat mangsa
ditemukan di kompleks perumahan Pamulang, Tangerang Selatan.
Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan mayatnya
dibungkus menggunakan kain sarung di kompleks perumahan Pamulang, Tangerang
Selatan, Indonesia, pada Sabtu.
Menurut polis, pemeriksaan
mendapati terdapat kesan belahan pada leher mangsa yang menyebabkan kepalanya
hampir putus daripada badan.
"Mangsa ditemukan dalam
keadaan lehernya dibelah, hampir putus," kata Ketua Polis Daerah Pamulang
Komisioner Ghulam Nabi pada Sabtu.
Selain kecederaan pada bahagian
leher, Ghulam berkata terdapat kesan luka seperti tikaman pada tangan kiri
mangsa.
Tambah Ghulam, jari manis mangsa
juga putus akibat terkena objek tajam.
Pada awalnya, penduduk kampung
menyangka bungkusan mayat itu adalah sampah.
Selepas membuka bungkusan itu,
penduduk kampung terus membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Menurut polis, tiada sebarang
dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa.
Mayat mangsa dihantar ke hospital
untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, Ketua Unit
Siasatan Jenayah Polis Tangerang Selatan, AKP Alvino Cahyadi mengesahkan
penahanan suspek pada hari yang sama.
Namun mereka masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan kejam itu.
Sumber: Detik.
0 Comments