Zaman kian berubah, jenayah pada masa kini dilakukan tanpa mengira umur sampai nenek berumur 75 tahun pun terlibat dalam sindiket pengedaran dan pembukusan dadah.
Walau bagaimanapun, difahamkan warga emas dan empat lagi ahli telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata serbuan telah dilakukan dan pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta juga dirampas.
Kumar juga menyatakan mereka menjadikan sebuah rumah atas air di Pontian, Johor sebagai modus operandi sebelum mengedarkan dadah ke dalam pasaran.

Kegiatan sindiket ini dipercayai telah aktif sejak Februari lalu.
Suspek wanita berusia 75 tahun adalah kakak kepada salah seorang suspek lelaki yang turut ditahan bersama ketika serbuan.
Tambahnya, rumah berkenaan bukanlah rumah sewa tetapi rumah yang mereka diami. Pelbagai alat memproses dadah dan membungkus ekstasi turut dirampas.
Peranan warga emas itu dan rumah bersebelahan lokasi juga masih dalam siasatan.
Susulan itu, pihak polis berkata semua suspek direman seminggu untuk siasatan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tak sangka dah tua pun masih jadi ahli sindiket jual dadah. Apa-apa pun diharapkan semua dihukum jika disabitkan kesalahan. Pantaulah kegiatan nenek korang!
Kredit: Berita Harian, Oh media
0 Comments