Tangkap layar mangsa polis yang maut
akibat ditikam di leher oleh seorang wanita.
SEORANG anggota
polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Indonesia dilaporkan meninggal dunia
akibat ditikam seorang wanita di sebuah hotel sekitar Jalan Pidada V, Ubung,
Denpasar, Bali, Indonesia pada Rabu.
Mangsa ditikam di leher selepas bertengkar dengan
seorang pelacur yang telah ditempah melalui aplikasi atas talian MiChat.
Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang pekerja
seks komersial (PSK) dan mereka telah berjanji untuk bertemu di bilik hotel.
Namun, pertemuan itu tidak berlaku seperti yang
dirancang apabila mangsa merasakan wanita terbabit tidak sepadan dengan
dirinya.
Malah, dia juga meminta untuk membatalkan tempahan yang dibuat dan mahu bayaran
dikembalikan.
Berang dengan situasi itu, suspek
kemudiannya didakwa mula memberontak dan menjerit sehingga didengari beberapa
pengunjung lain di hotel itu.
Tersentak dengan jeritan tersebut, beberapa
pengunjung dan rakan sekerja mangsa datang untuk melihat kekecohan yang
berlaku.
Setibanya mereka di situ, mangsa difahamkan telah
ditikam di leher dan berlumuran darah manakala si pelaku berjaya melarikan
diri.
Suspek yang melepaskan diri dilaporkan telah berjaya
ditangkap dan berada di bawah tahanan polis.
Namun, Ketua Perhubungan Awam Polis Denpasar berkata masih banyak data dan maklumat yang perlu disemak berkaitan kes tersebut.
Sumber: Agensi
0 Comments