Pasangan viral dengan motosikal membawa bayi dengan alat
bantuan pernafasan, mengakui bahawa mereka belum berkahwin.
Namun sebenarnya mereka sudah
merancang untuk berkahwin minggu depan, kata mereka.
Semalam imam masjid Al Makrufi di
Alor Setar mendedahkan bahawa kedua dua pasangan itu sebenarnya bukan suami
isteri namun tinggal bersekedudukan.
Orang
kampung dan ahli masjid menyatakan mereka sebelum ini pernah melakukan serbuan
dan menghantar wanita itu balik ke rumah ibu bapanya agar tidak lagi tinggal
bersama.
Namun
mereka berdua kembali bersama tidak lama selepas itu. Ketika pasangan tersebut
viral, imam masjid tersebut enggan bersubahat menyembunyikan perkara sebenar.
Ini selepas ramai percaya mereka adalah pasangan suami isteri dan memberikan
sumbangan derma yang banyak kepada mereka. Malah mereka turut diberikan sebuah
kereta Proton Persona terpakai tanda simpati orang ramai kepada mereka.
Pihak
masjid kemudian kembali menegur mereka dan meminta mereka tidak tinggal
bersekedudukan namun mereka masih bersama sama.
Wartawan kemudian mendapatkan penjelasan daripada lelaki bernama Mohd Azlan Ishak bapa
kepada bayi yang mengalami masalah paru paru dan terpaksa bergantung kepada
alat bantuan pernafasan.
Azlan
memberitahu Mstar: “Sebelum ini kami sudah merancang untuk berkahwin.
Namun kami lebih utamakan kesihatan anak kami. Jadi kami dahulukan untuk
menguruskan anak kami yang sakit.
“Tetapi
kami memang dalam proses untuk mendirikan rumah tangga. Saya sudah serahkan
dokumen berkahwin kepada ustaz [imam masjid],” tegas Azlan.
Azlan
mengakui memang pihak imam dan orang kampung ada menegur mereka. Dan dia
mengakui kesilapan itu. Namun dia sebenarnya memang sudah merancang mengahwini
kekasihnya, Norhidayu Halim.
Mereka
akan berkahwin minggu hadapan kerana proses perkahwinan tersebut mengambil masa
seminggu untuk membolehkan mereka berkahwin.
Azlan
menambah: “Tok imam tu datang rumah saya… dia jelaskan mengenai proses untuk
kami berkahwin. Katanya proses memakan masa seminggu untuk membolehkan kami
bernikah. Kalau dah tok imam cakap macam tu takkan la kita tak nak percaya.”
Azlan
menafikan bahawa Norhidayu masih isteri orang lain. Di mana dia mendedahkan
bahawa Norhidayu sudah bercerai dengan bekas suaminya yang dipenjara sejak 29
Ogos lalu.
Azlan
menyatakan bahawa Norhidayu ada dokumen bukti bahawa dia sudah bercerai dengan
bekas suaminya.
Kredit: Vocket
0 Comments