Pengeluar AstraZeneca tarik balik vaksin covid-19 di seluruh dunia

Pengeluar AstraZeneca tarik balik vaksin covid-19 di seluruh dunia

 


LONDON: Pengeluar ubat Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.


Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasaran", laporan itu menyatakan.


Permohonan untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei, menurut laporan itu.


Permohonan serupa akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang telah meluluskan vaksin itu, dikenali sebagai Vaxzevria, pada bulan akan datang.


AstraZeneca tidak segera mengulas ketika dihubungi Reuters.

Post a Comment

0 Comments