"Pening tengok berlonggok macam tu" - Isteri cikgu mengaku buang hadiah dari kedai RM2

"Pening tengok berlonggok macam tu" - Isteri cikgu mengaku buang hadiah dari kedai RM2


Tarikh 16 Mei merupakan tarikh yang sangat bermakna bukan sahaja kepada guru tetapi kepada anak murid juga.


Waktu inilah, anak murid berpeluang menzahirkan rasa terima kasih kepada cikgu yang sudah bertungkus lumus mendidik mereka selama ini.


Pelbagai hadiah yang diberikan kepada cikgu, kan? Tak kiralah murah atau mahal, yang penting murid dan ibu bapa memberinya seikhlas hati.


Tetapi lain pula kisah apabila seorang isteri kepada cikgu mengaku ada sesetengah hadiah yang diberikan murid dibuang begitu sahaja.


Contoh hadiah yang dibuang adalah frame gambar dan barangan daripada kedai RM2.




Dia secara jujur meninggalkan komen berkata, kepalanya pening melihat hadiah yang diterima suami berlonggok di rumah.


Bagus ibu. Saya isteri guru, suka dapat benda2 macam ni. Saya boleh masak. Cikgu lelaki dapat hadiah dari murid bukan kisah sangat pun. Depa bawa balik dan longgok kat rumah. 


Kita yang wife ni pening tengok. Dapat frame ke atau barang2 RM 2 saya buang je. Pening tengok kalau banyak sangat. Dapat jam dinding kedai RM 2 ada juga gunanya.Dapat limau nipis, bunga kantan, lada bungkus plastik pasar pun ok. Saya suka. 


Difahamkan, komen ini diberikan kepada seorang ibu yang menghadiahkan makanan kepada guru-guru sekolah anak.


Kredit: Facebook zahiruddin.juatin

Post a Comment

0 Comments