Seorang ibu menangis di hadapan polis kerana kesal
dengan perbuatan membiarkan dan merakam video anak perempuannya bersetubuh
dengan kekasih.
Sewaktu ditahan pihak polis,
Neneng Komala Demi, 47 mendedahkan dia mula merakam aksi anaknya berusia 16
tahun itu melakukan seks sejak November 2023.
Malah, wanita berstatus janda itu
sanggup ke asrama kekasih anaknya di Kranji, Bekasi di Indonesia semata-mata
untuk merakamkan perbuatan terkutuk pasangan kekasih itu.
Menurut Ketua Polis Metro Jakarta Timur, Kombes Nicholas Ary Lilipaly, kes
dianggap luar biasa apabila si ibu sebenarnya jatuh cinta dengan kekasih anak
perempuannya.
Neneng
berkata dia mempunyai alasan sendiri atas perbuatannya. -Foto Wartakota
Tambah Nicholas, motif Neneng
membiarkan anaknya bersetubuh dan membuat rakaman menggunakan telefon bimbitnya
itu adalah demi kepuasan dirinya sendiri apabila melihat aksi tersebut.
Bagaimanapun, wanita itu panik
apabila mendapati anaknya hamil pada April 2024.
Dia kemudiannya 'membantu' anak
perempuannya menggugurkan kandungan tersebut dengan memberikan beberapa jenis
ramuan dan buah supaya bayi dalam kandungan meninggal.
Anak perempuan Neneng bagaimanapun
berjaya melahirkan bayi berkenaan di bilik mandi kediaman mereka di Duren Sawit
di Jakarta pada 16 April lalu pada usia kandungannya 26 minggu.
Tetapi, bayi yang merupakan cucu
Neneng tersebut disahkan meninggal dunia kerana keadaan parah sebagaimana
dimaklumkan pihak hospital Duren Sawit.
Susulan kejadian itu, polis
menyita beberapa bahan bukti seperti ubat-ubatan dan pakaian milik Neneng dan
anaknya.
Akibat perbuatan ketiga-tiga
tertuduh, Naneng berdepan hukuman penjara 15 tahun dan atau didenda sebanyak 3
juta Rupiah (RM877).
Manakala, anak perempuannya yang masih bawah umur dihantar ke Yayasan Handayani Cipayung dan kekasihnya turut ditahan oleh pihak polis.
Sumber: Tribunnews
0 Comments