Sebelum ini, dunia hiburan gempar apabila finalis Dewi Remaja Myra Natasya telah mendedahkan bahawa dia sebenarnya anak kepada pengacara terkenal Halim Othman.
Sehingga kini, orang ramai menyangka hubungan mereka akrab dan baik seperti sebuah keluarga tetapi realitinya tidak.
Menurut Myra, selama 27 tahun dia merayu supaya mendedahkan bahwa dirinya adalah anak kepada Halim Othman, namun usahanya gagal sehingga ketika dia menceburi dunia seni dan namanya meningkat naik, ayahnya memberi izin untuk mengumumkan kepada umum bahawa mereka mempunyai hubungan darah.
Selang beberapa tahun, Myra telah mengejutkan orang ramai kerana berasa marah dan berang akan tindakan ayahnya yang menukar nama bapa di dalam surat lahir tanpa izinya. Menurut Myra sebelum ini, dia berBintikan Abdullah. Namun Halim Othman telah menukar Abdullah tersebut kepada namanya.
Ia menimbulkan kemarahan Myra kerana menganggap Halim bukanlah ayahnya yang sebenar kerana menurutnya, Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin. Lebih mengejutkan lagi, dia mengaku bahawa dirinya anak luar nikah atau tidak sah taraf.
Selama ini Myra berkata, dia telah dibesarkan oleh ayah angkatnya. Dia juga berkata Halim Othman tidak pernah menjaganya dan membesarkannya. Myra menuntut permohonan maaf daripada Halim di atas perbuatannya itu.
Ramai netizen menganggap perkara ini perlu diselesaikan dalam keluarga dan tidak perlu dihebahkan kepada pihak umum. Hal ini kerana, Myra telah membuka aib dirinya dan aib ibu bapanya.
Namun ada juga berpendapat tindakan Myra adalah betul. Ini kerana dari hukum Islam, Halim bukanlah ayahnya dan tidak layak menjadi wali disebabkan Myra adalah anak luar nikah. Jika maklumat dalam surat lahir adalah palsu dan Halim berwalikan anaknya berdasarkan maklumat tersebut, maka pernikahan itu tidak sah. Lebih baik Myra mencegah dari awal dan kekal dengan Binti Abdullah.
Pihak Borak Viral mengharapkan agar kedua- dua pihak dapat mencari titik persefahaman untuk menyelesaikan masalah ini dengan sewajarnya.
Sumber: Remaja
Artikel berkaitan: "Mama sorry that i told everyone that you guys never married" - Myra Natasya
0 Comments