"Saya tau mulut kau laser, mulut saya laser juga tapi hati-hati" - Respond Stacy isu kumpulan SMDX


Ummu Shaikhah Stacy binti Anam (lahir Stracie Angie Anam; 18 Ogos 1990) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Stacy merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal dan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6


Anak kelahiran Kampung Tuavon, Penampang Sabah ini terpanggil untuk memberi respond berakaitan dengan isu kumpulan penyanyi yang juga dari Sabah bernama SMDX.


Sebelum ini, tular sebuah video salah seorang penyanyi kumpulan SMDX bernama Elle yang dilihat tidak sopan dalam memberikan respond kepada orang ramai ketika penyanyi itu membuat live di salah sebuah laman sosial miliknya. 

@malaysianspeaks Kumpulan pop wanita baru asal Sabah teruk dikecam netizen, apa pandangan korang? #smdx #dolla #xeno #dollaofficial #idolla #sabah #fyp #malaysianspeaks #viralmalaysia ♬ original sound - Malaysian Speaks


Video tersebut tular sehingga ramai telah memberikan respond dan teguran kepada penyanyi tersebut. Penulis lagu dan komposer terkenal yang berasal dari Sabah turut meninggalkan kritikan pedas kepada penyanyi tersebut. 



Selain itu, Stacy turut memberikan respond dan nasihat kepada artis muda kelahiran Sabah itu. 


" Pekerjaan kita ada standart, tunjukkan bakat terlebih dahulu. Ni mulut diam. Saya tau mulut kau laser, mulut saya pun laser. Tapi kena diam dulu. 


Kamu sudah masuk dalam industri kena bersedia dan berhati-hati", katanya. 



Sebelum ini SMDX  penyanyi kelahiran Sabah telah melancarkan lagu single terbarunya "Original Sabahan". Konsep kumpulan mereka juga dikatakan mirip dengan Dolla.  


Walaubagaimanapun, Elle daripada kumpulan SMDX turut memohon maaf disebabkan videonya yang tular dan berjanji akan berhati-hati selepas ini. 


Post a Comment

0 Comments