Sebuah 'Iklan Kerja Kosong PBT' dikecam hanya wayang je, padahal dah ada calon kabel

Sebuah 'Iklan Kerja Kosong PBT' dikecam hanya wayang je, padahal dah ada calon kabel

 


ISU ketelusan pengambilan pekerja dalam sektor perkhidmatan awam sememangnya sudah lama dibincangkan dalam kalangan masyarakat.



Ini kerana sejak sekian lama, sudah menjadi rahsia umum atau 'open secret' bahawa adalah sukar untuk mendapat tempat sekiranya seseorang calon itu tidak mempunyai kabel atau orang dalam.


Demikianlah yang berlaku apabila ada dakwaan tular mengenai satu hantaran pembukaan kerja kosong melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sebuah daerah di Kedah.


Kekosongan melibatkan dua jawatan iaitu pembantu awam dan pekerja sambilan harian pembantu awam itu turut dimuat naik di sebuah Group Facebook melibatkan penduduk daerah tersebut.



Bagaimanapun, perkongsian yang sudah mendapat lebih 900 komen selepas dimuat naik pada 16 Mei lalu itu ternyata menerima reaksi negatif daripada warganet di dalam kumpulan media sosial berkenaan.


Majoriti daripada mereka cukup skeptikal dan kurang percaya terhadap ketelusan proses pengisian jawatan kosong berkenaan.


Malah, mereka juga mendakwa kekosongan berkenaan sebenarnya sudah mempunyai calon tertentu dan proses pembukaan jawatan itu hanya dijadikan sebagai syarat.


Berdasarkan iklan berkenaan, jawatan kosong berkenaan dibuka kepada rakyat negeri Kedah dan warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun.


Selain itu, untuk membuat permohonan, calon diminta antara lain untuk mendapatkan borang permohonan di Kaunter Bayaran PBT berkenaan.


"Buang masa apply. Jenis ambil adik-beradik depa sahaja," tulis Syakila Yahaya.



"Dah 2024 tapi masih jual borang di kaunter? Kenapa tak buat permohonan dalam sistem sahaja? Lemahhh," kata Mohamad Nasri Ahmad Shukri.


 

Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang secara sinis memberikan senario yang menggambarkan seolah-olah bahawa kebanyakan pekerjaan di dalam perkhidmatan tersebut hanya dikuasai oleh kelompok tertentu.


Malah, komen tersebut turut memetik satu nama, iaitu 'Kadir' untuk memberikan gambaran berhubung isu tersebut.


"Kadir, tolong pi ambil fail kat pak long, hantar dekat pak ngah. Pesan dekat pak cik suruh pergi ambil mak anjang meeting dekat loq staq (Alor Setar). Jangan lupa, kita ada makan-makan dekat rumah tok wan malam ni. Demikian kata pak andak kepada Kadir yang merangkap anak menakannya," tulis Jan Nirrajim.



Ekoran komen negatif yang dikongsikan oleh warganet itu, terdapat pengguna yang meminta PBT berkenaan untuk tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.



"Assalamualaikum pihak ****** ****** *** masihkah lagi anda mahu berdiam diri atau saja buat-buat tak nampak dengan apa yang dikatakan rata-rata anak muda dan penduduk *** berkenaan pengambilan baharu?



"Tidakkah pihak tuan tidak merasakan majoriti penduduk dan anak jati hilang kepercayaan kepada unit jabatan pengambilan pekerja berkenaan ketelusan pemilihan?



"Mohon buktikan apa yang dikatakan tidak benar semoga ia dapat megembalikan semula kepercayaan penduduk dan anak jati *** berkenaan ketelusan pemilihan untuk mengisi jawatan kosong," tulis Najdi Ady Kdh.

 


Artikel berkaitan: Majlis Daerah Sik nafi sudah ada calon 'kabel' iklan kerja kosong

 


Post a Comment

0 Comments