JBPM Negeri Pulau Pinang dikejutkan dengan satu panggilan kecemasan pada jam 10.56 malam berkenaan dengan sebuah kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah lori treler bersendi dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16.
Seramai 10 orang anggota Bomba daripada BBP Bukit Mertajam telah digegaskan ke lokasi kejadian bersama 1 unit jentera LFRT dan 1 unit kenderaan EMRS.
Komander Operasi, PBK II Mohd Shariff bin Md Rais, melaporkan kemalangan jalan raya tersebut melibatkan sebuah lori treler bersendi dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16.
Komander Operasi membuat "size up" dan didapati terdapat 1 orang mangsa yang menaiki motosikal berada di bahagian bawah lori (tidak tersepit).
Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari KKM dan kes telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 11.21 malam.
Kredit: Jabatan Bomba Pulau Pinang
0 Comments