Suami curang 20 kali, isteri berang robohkan rumah mewah yang didirikan di tanah mertua

Suami curang 20 kali, isteri berang robohkan rumah mewah yang didirikan di tanah mertua



Sebelum ini, kisah Acil Jouleha tular di media sosial TikTok  selepas mendedahkan perceraiannya akibat kecurangan suaminya.


Acil Jouleha, dikenali sebagai selebriti TikTok, adalah penduduk Amuntai, Kalimantan Selatan Indonesia.


Dalam kisahnya, Acil Jouleha memilih untuk memusnahkan rumah yang dibinanya menggunakan wang sendiri selepas diminta pampasan jika mahu tinggal kerana tanah itu milik keluarga mentuanya.


Dalam akaun TIKTOK miliknya, dia telah merakam saat-saat menghancurkan rumahnya yang sebelumnya tersergam indah dan megah itu. 




Pemilik rumah berkenaan dilaporkan memusnahkan kediaman yang telah dibina selepas si suami melakukan khianat.


Bagaimanapun, kerana rumah itu dibina di atas tanah milik mentuanya, wanita itu diminta membayar pampasan sebanyak IDR 300 juta.


Malangnya, wanita itu merasakan harga yang ditawarkan tidak setimpal dengan keluasan tanah.


Akibatnya, dia memilih untuk memusnahkan rumah yang dia kongsi bersama suaminya sebelum ini.


Sebelum: 

@miralestari1191

tidak bisa dilupakan munkin lebih mengikhlaskan, infonya kalo kadapapa halangan ganii marakai rumah ini

♬ suara asli - Story 𝕋𝔼𝕄ℙ𝕃𝔸𝕋 🔰


Selepas:

@miralestari1191

titik kecewanya seorang wanita

♬ Sekecewa itu Angga Candra - ユニタ || 𝐘𝐍


Keputusan untuk merobohkan rumah itu diambil dengan keputusan bersama.


Akhirnya, setelah semua perabot diangkut, rumah yang berdiri di tepi jalan besar itu akhirnya dirobohkan.


Dalam cerita lain, Acil Jouleha mendedahkan bahawa suaminya sering ditangkap mempunyai hubungan sulit. Malah, terbaharu si suami dicekup bercinta dengan isteri kawannya.


Ketika itu, si suami diserbu penduduk dan dibawa ke balai polis tempatan. Suami dibebaskan selepas diminta membuat perjanjian dan membayar denda.


"Perjanjian itu dia tidak lagi boleh ke bandar dan membayar 10 juta, kemudian dia diwajibkan pulang ke kampung halaman", kata Acil.


Tetapi suaminya tetap tidak berhenti, ketika berada di kampung, suaminya mula bercumbu dengan wanita lain.


Secara keseluruhan, terdapat 20 wanita telah bersama dengan suaminya  dan menyebabkan Acil berputus asa.


“Wanita itu diajak melancong menggunakan kereta dan motosikal milik kami berdua” katanya.


Kredit: Tribunjatim.com

Post a Comment

0 Comments