Suspek pertama bukan pelaku simbah asid Faisal Halim

Suspek pertama bukan pelaku simbah asid Faisal Halim

 

 

Petaling Jaya: Suspek pertama kes simbah asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang ditahan Ahad lalu, didapati bukan pelaku kes berkenaan.


Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sebenar kes itu menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran palsu, namun ia nombor yang sama dengan nombor pendaftaran kenderaan suspek pertama.


"Suspek pertama yang ditahan itu tiada kaitan dengan kes ini dan akan dibebaskan (selepas reman tamati).


"Namun dia akan ditahan semula kerana ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati dia positif dadah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Hussein berkata, suspek kedua yang ditahan di Bandar Baru Bangi pula direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.


"Hasil penahanan suspek kedua ini yang berusia lewat 30-an, kita merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Post a Comment

0 Comments