SHAH
ALAM - Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) yang menerbitkan siri animasi,
BoboiBoy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga di atas pemergian penyanyi,
Nabil Zafril Zamanhuri atau lebih dikenali sebagai Nabil Mentor pada pagi Ahad.
Menurut satu hantaran di
Facebook rasmi BoboiBoy, pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada naib
juara program Mentor musim pertama itu kerana pernah meminjamkan suara untuk
watak dalam siri animasi berkenaan.
"Terima kasih kerana
membantu kami menceriakan kanak-kanak seluruh dunia dengan meminjamkan suara
untuk watak Kapten Kaizo dan Maripos.
"Semoga arwah dicucuri
rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya.
Berita pemergian penyanyi
berusia 37 tahun terbabit disahkan oleh rakannya yang memberitahu arwah
menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, Selangor.
Menerusi hantaran berbeza, ibu
Nabil iaitu Fatimah Abdullah memaklumkan, urusan pengebumian anak lelakinya
akan diberitahu kemudian dan turut meminta agar diampunkan dosa serta
dihalalkan segala-galanya.
"Mohon ampun dan halalkan
makan minum dia, doa agar ditempatkan bersama mereka yang beriman,"
ujarnya.
Untuk rekod, Nabil pernah
menyanyikan lagu seperti Kenangan Lama, Hati Ini, Selangkah dan Beku.
Allahyarham meninggalkan
seorang balu iaitu Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan.
Kredit: Sianr Harian
0 Comments