'Terkilan baca mesej suami' - Suami persoal mana pergi RM200 takkan dah habis, ingat isteri belanja benda lain

'Terkilan baca mesej suami' - Suami persoal mana pergi RM200 takkan dah habis, ingat isteri belanja benda lain

 


Tugas membeli barang dapur biasanya diserahkan kepada isteri. -Gambar hiasan

MENGABDIKAN diri buat suami dan anak-anak merupakan pengorbanan terbesar yang dilakukan oleh seorang wanita.


Namun ada individu memandang rendah kepada golongan ibu terutamanya suri rumah sehingga mereka dituduh menghabiskan wang suami dan macam-macam lagi.


Di TikTok, seorang wanita turut berkongsi kisahnya yang disoal suami sendiri kerana membelanjakan wang sebanyak RM200 untuk keluarganya.


Mesej antara wanita itu dengan suaminya. 


"Minggu lepas abang bagi RM200 kot, tak kan tak cukup? Tak kan dah habis? Awak beli apa? Tak nampak pun apa yang awak beli," ujar suami wanita itu menerusi aplikasi WhatsApp.


Seolah-olah tersentak dengan pertanyaan itu, wanita berkenaan terus menyenaraikan barang-barang yang dibeli menggunakan wang pemberian suaminya.


"Beli barang masak, ayam seekor RM25. Sayur-sayur RM10. Susu anak, beras, telur sepapan. Minyak, tepung, biskut, teh, kopi, gula, garam kunyit bagai nak dekat RM50.


Tu belum anak-anak yang kecil ikut beli barang dapur, dia pun ambil juga. Kemudian barang-barang sekolah yang tiba-tiba kena tambah. - Isteri


"Sabun basuh RM10, sabun mandi, syampu RM15. Abang minta duit minyak, duit sekolah anak," balas wanita itu.


Dalam mesej berasingan, wanita itu turut berjanji untuk mengemukakan resit bagi setiap pembeliannya pada masa akan datang.


Dia juga memberi cadangan agar suaminya pergi membeli bersamanya untuk mengelakkan sebarang ketirisan perbelanjaan seperti yang dituduh dalam mesej itu.


"Nanti setiap pembelian saya bagi abang resit. Tak pun kita pergi beli sama-sama, abang bayar terus.


"Sesen pun saya tak ambil duit abang untuk diri saya. Semua untuk keluarga. Tak ada keperluan persendirian pun untuk saya," balas wanita itu lagi.


Menurut wanita itu lagi, kadang-kala berlaku perbelanjaan yang tidak terjangka demi memenuhi kemahuan anak-anaknya.


"Walaupun dah masak, kadang-kadang anak tetap lapar nak juga beli itu ini. Kadang-kadang mampu halang, kadang-kadang letih mental. Biarkan je.


Perbelanjaan barang dapur semakin tinggi dengan bilangan isi rumah yang ramai. -Gambar hiasan


"Tu belum anak-anak yang kecil ikut beli barang dapur, dia pun ambil juga. Kemudian barang-barang sekolah yang tiba-tiba kena tambah. Minta pada mak. Semua tu bukan murah sekarang.


"Ada suami yang bertanya duduk rumah je, banyaknya belanja? Tapi yang suami tak tahu, duit minyak hantar anak kadang-kadang seminggu RM50, sebulan berapa pula?" luah wanita itu lagi.


Hantaran tular itu turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan wanita berkenaan.


"Saya memang buat grup berdua dengan suami. Akan update segala perbelanjaan dalam tu. Jadi suami tahu ke mana duit keluar.


"Kadang-kadang sedih bila lelahnya isteri tapi suami tak nampak. Ada je yang dipertikaikan terutama bab urus duit.


"Sedihnya. Sabar ya sis. Jadi suri rumah memang macam ni. Semoga tabah," tulis netizen.



Post a Comment

0 Comments