"Tiada siapa mahukan saya" - Orang tak nak dengan saya, sebab belanja bulanan saya besar

"Tiada siapa mahukan saya" - Orang tak nak dengan saya, sebab belanja bulanan saya besar


Kuala Lumpur : Pengacara dan pelakon, Raja Azura yang sudah 14 tahun bergelar ibu tunggal merasakan tiada lelaki berani menanggungnya yang mempunyai pelbagai komitmen dan hutang walaupun ada yang cuba mendekatinya.


"Lelaki kalau dengar nama saya, semua risau sebab wajah dan perangai saya umpama 'sesumpah'. Boleh berubah mengikut keadaan.


"Tidak dinafikan memang ada yang cuba mendekati, tapi perlahan-lahan individu itu akan mula berundur dan menghilangkan diri sebab tak mampu nak jaga saya yang mempunyai pelbagai tanggungjawab dan komitmen.


"Semua anak saya sedang menyambung pengajian di universiti dan memerlukan wang belanja yang besar untuk membayar yuran universiti mereka. Kemudian saya dikelilingi dengan banyak hutang yang tak habis bayar lagi.


"Selain itu, ada pinjaman lain yang perlu diselesaikan seperti rumah dan kereta serta tanggungjawab saya kepada ibu yang tinggal bersama.


"Jadi memang orang tak nak dengan saya ini sebab tanggungjawab yang saya pikul ini sangat besar. Orang dengar pun akan jadi ngeri," katanya.


Dalam pada itu, Raja Azura mengaku dia tiada niat untuk meraih perhatian apabila tular video seolah-olah dia melangsungkan pernikahan dalam satu hantaran video yang dimuat naiknya di Instagram, baru-baru ini.




Tampil menafikan perkara itu, Raja Azura berkata, dia hanya menghadiri majlis pernikahan sepupunya, namun tidak menyangka ramai pihak membuat pelbagai spekulasi hanya dengan menonton video yang dikongsikan.


"Saya terkejut apabila mendapat panggilan tanpa henti daripada media, rakan-rakan dan saudara-mara. Ramai yang salah sangka dengan video yang saya kongsikan walaupun di ruangan kapsyen saya sudah nyatakan perkataan 'dari dia bersendirian, kini telah berdua'.


"Berita pernikahan itu turut mendapat perhatian anak-anak yang menghubungi saya kerana mereka sedang menduduki peperiksaan. Saya memilih untuk tidak menjawab pada ketika itu sebab sedang sibuk uruskan perkahwinan sepupu.


"Cuma bila kisah itu tular saya rasa sangat terharu dan dihargai oleh peminat dan pengikut yang tidak henti mengirimkan doa yang baik-baik buat saya. Namun saya ingin tegaskan di sini, saya tiada niat nak raih perhatian atau tenggelamkan perkahwinan sepupu saya,"katanya.




Sebelum ini Raja Azura memuat naik video seakan-akan dia melangsungkan pernikahan.


Menerusi video yang dikongsikan, Raja Azura yang mengenakan baju kurung dilihat berjalan menuju ke pelamin.


Bagaimanapun perkahwinan yang sebenar adalah membabitkan Raja Muzaffar Idris Shah Raja Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj.


Sebelum ini Raja Azura pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001.


Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 28 September 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 22; Megat Luqman Hakim, 21; dan Puteri Mia Maizura, 19.


Kredit: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments