KOTA BHARU: Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan
dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti.
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata ini
kerana perkara itu berhubung kait dengan aspek hukum selain bagi meredakan
perselisihan faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
"Sekiranya
masyarakat merujuk pihak agensi agama sebelum membuat apa-apa tindakan yang
membabitkan sensitiviti agama, pihak jabatan akan terus memberi nasihat dan
panduan kepada mereka untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
"Pencipta
kandungan diingatkan agar menjaga keharmonian agama untuk memastikan bahan
kandungan yang dimuat naik di media sosial adalah berdasarkan nas yang sahih
dan amalan yang dibenarkan Islam," katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bicara Eksklusif
Bersama Penjawat Awam Persekutuan Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar
(RTC) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini hari ini.
Kelmarin,
tular video berdurasi 37 saat memaparkan tindakan dua wanita melangkah kubur
sehingga mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan itu melampaui
batas dan tidak menghormati agama serta waris si mati.
Kredit: BERNAMA
0 Comments