Semalam, 16 mei merupakan sambutan Hari Guru dalam negara kita. Pelbagai hadiah yang diberikan kepada guru daripada anak murid dapat kita saksikan dalam perkongsian di media sosial.
Seronok melihat guru-guru terharu menerima penghargaan daripada murid sehingga ada yang memberikan hadiah berupa gelang emas Habib Jewels. Lain pula dengan sebuah video yang tular melihat anak-anak murid telah menghadiahkan guru mereka ulam-ulaman, cili padi dan juga buah mangga.
Moment itu membuatkan netizen berasa terharu dengan hadiah daripada murid-murid tersebut. Ramai yang mengatakan, bukan hadiah yang dilihat tetapi yang penting nilai daripada hadiah tersebut. Guru itu mendapat daun pisang, pucuk ubi, bunga kantan, pucuk paku, cili padi dan mangga.
VIDEO:
Meninjau di ruang komen, netizen turut memberikan kata-kata semangat buat semua pelajar-pelajar tersebut supaya berjaya satu hari nanti. Ada juga mengatakan sangat sedap hadiah tersebut di buat ulama-ulaman dan sambal mangga.
Apa-apapun tahniah kami ucapkan kepada murid-murid yang memberikan penghargaan kepada guru. Selamat hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia.
0 Comments