SERAMAI 30
pelajar perempuan di salah sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan diserang
histeria pada Sabtu.
Melalui perkongsian seorang individu yang
hanya dikenali sebagai Afiq di aplikasi
WhatsApp, kejadian itu berlaku di surau sekolah berkenaan sehingga berlarutan
ke asrama kira-kira pukul 8.30 malam.
Difahamkan kejadian itu dirakam oleh orang awam yang
tinggal berdekatan sekolah tersebut.
"Budak asrama perempuan histeria
malam tadi (Sabtu). Semua menjerit dan menangis.
"Ada yang cerita mereka nampak 'benda' tapi tak
tahu sahih ke tidak," katanya sambil memberitahu, mereka semua berada di
surau dan baru selesai mengaji al-Quran sebelum bekalan elektrik tiba-tiba
terputus seketika.
Melalui video berdurasi seminit yang dikongsikan,
kedengaran beberapa suara orang pelajar menjerit kesakitan.
Keadaan di dalam surau itu juga huru-hara dengan
beberapa pelajar lain cuba membantu mangsa yang diserang histeria.
Seramai 30 pelajar perempuan di salah sebuah sekolah menengah yang berlokasi di Kelantan diserang histeria pada Sabtu.
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 19, 2024
Kredit : Afiq pic.twitter.com/RIQdHdccW3
Sementara
itu, memetik laporan media Harian Metro, seorang penduduk yang dikenali sebagai Saleha, 20-an berkata, pelajar yang
diserang histeria ditenangkan ustaz dari sekolah terbabit serta beberapa
pengamal perubatan Islam yang datang.
Menurutnya lagi, keadaan kembali tenang selepas
hampir tiga jam dan semua pelajar yang tinggal di asrama sekolah itu dibenarkan
pulang ke rumah masing-masing.
"Kejadian ini bukan kali pertama berlaku dan
seingat saya kali terakhir adalah empat tahun lalu iaitu sewaktu saya
bersekolah di sana.
"Saya difahamkan ada beberapa lokasi 'keras' di
sekolah itu dan boleh dikatakan kami sudah lali dengan kejadian histeria yang
menyerang pelajar," katanya.
Kejadian diserang histeria melibatkan pelajar
perempuan ini bukan kali pertama berlaku dalam negara pada tahun ini.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 165 pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir (Model Khas), Negeri Sembilan terpaksa diberikan cuti selama lima hari berikutan kejadian histeria yang berlaku pada April lalu.
Sumber: Majoriti
0 Comments