(VIDEO) - Mahu taja kelab bola sepak, Choii disaran pilih Kedah, Selangor

(VIDEO) - Mahu taja kelab bola sepak, Choii disaran pilih Kedah, Selangor

 

Kedah atau Selangor mungkin jadi pilihan pengasas Choii sebagai penaja musim depan

TIDAK dinafikan, bola sepak dengan fesyen bergerak seiring. Dalam konteks bola sepak moden, banyak kelab berlumba-lumba menghasilkan jersi yang cantik setiap musim untuk meraih perhatian penyokong.


Mana tidaknya, apabila jersi yang cantik dihasilkan, ia akan menarik perhatian penyokong untuk mendapatkannya bukan saja peminat tegar, tapi merentasi segenap lapisan pendukung kelab.


Ia kemudiannya akan memberikan manfaat kepada kelab kerana jualan jersi laris bak pisang goreng panas. Jadi, adakah ini bakal membuka ruang kepada jenama Choii memasuki bola sepak?

@farisazrii

Ramai request minta Choii sponsorship team bola sepak ...

♬ Faster (Sped Up) - A.Oonthebeat & Jupyter


Choii merupakan jenama pakaian yang menjadi kegilaan anak muda masa kini dan ia boleh dilihat di mana-mana saja, pasti ada yang menyarung baju tersebut.


Dan kini, pemiliknya iaitu Faris Azri ingin terjun ke bidang bola sepak. Di laman TikToknya, Faris menawarkan diri secara sukarela untuk menaja mana-mana kelab dalam Liga Malaysia.


"Choii sebenarnya dalam perancangan untuk mewujudkan jenama sukan. Mungkin bukan dalam tahun ini tapi tahun depan.


"Untuk musim ini, nak jadi penaja kepada mana-mana kelab bola sepak rasanya tidak kerana tak bersedia lagi. Sekarang pun fokus belum terarah kepada sukan lagi," kata Faris.


Faris secara terbuka mengatakan jika diberi pilihan, dia mahu menaja salah satu daripada dua kelab Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah Darul Aman FC atau Penang FC.


Hasrat Faris untuk menaja Kedah disambut baik oleh warganet yang melihat kelab itu sedang mengalami masalah akibat ketiadaan penaja utama.


"(Tajalah) Kedah Faris, sebab Kedah ada sedikit masalah kewangan," kata Muhammad Adam.


"Sponsor Kedah Faris, kasihan Kedah tak ada penaja," ujar @arussxsmokey di ruangan komen.


"Walaupun aku nak Penang, tapi serius cakap fanbase Kedah lagi mampu bagi pulangan kepada Choii," komen @izzmieycarl pula.


Malah, ada juga yang mencadangkan kepada Faris untuk membawa nama Choii sebagai penaja gergasi Lembah Klang, Selangor FC.


Hal ini kerana, Selangor juga mempunyai dukungan penyokong yang kuat dan mampu memberikan pulangan kepada Choii jika menjadi penaja.


"Selangor je banyak pulangan bro," kata @khaidelover.


"Kalau nak tinggi pulangan, bola cuba taja Selangor. Populasi tinggi dengan negeri berpendapatan tinggi. Risiko rendah, pulangan tinggi," cadang Fadzli Arshad. — Majoriti

Post a Comment

0 Comments