(VIDEO) - Pekerja serbaneka cuak, terpaksa serah semua duit kepada perompak berparang di Kedah

(VIDEO) - Pekerja serbaneka cuak, terpaksa serah semua duit kepada perompak berparang di Kedah

 

Tangkap layar CCTV memaparkan kejadian rompakan yang berlaku di sebuah kedai serbaneka di Kedah pada Rabu.

SEORANG pekerja kedai serbaneka berdepan detik-detik cemas apabila dirompak seorang lelaki dalam kejadian di Gurun, Kedah pada Rabu.


Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Khamis, lelaki tersebut dilihat masuk ke dalam premis sebelum mengeluarkan sebilah parang panjang dan mengacukannya terhadap mangsa.


Tindakan itu sekali gus membuatkan mangsa ketakutan dan terus menyerahkan kesemua wang di kaunter kepada individu terbabit.




Pada masa sama, kelihatan mangsa berseorangan dan tiada pelanggan lain yang berada di lokasi kejadian ketika itu.


Namun, identiti individu itu tidak dapat dikenal pasti kerana memakai pakaian serba hitam dengan helmet yang menutupi seluruh mukanya.


Difahamkan, dia kini masih belum ditangkap dan sedang berlegar-legar di kawasan sekitar itu.


Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. 


Sumber: Majoriti

Post a Comment

0 Comments