Biadab dan
kejam. Demikian situasi boleh digambarkan apabila sekumpulan pemuda Israel
menghalang trak bantuan dari Jordan ke Gaza pada Isnin.
Trak yang membawa misi bantuan kemanusiaan Palestin
itu terkandas di beberapa laluan utama Baitulmaqdis, persimpangan Latrun dan di
kawasan Tebing Barat Gaza.
Ia susulan gerakan rusuhan dilancarkan aktivis Zionis
yang memaksa kenderaan tersebut berhenti untuk diperiksa dokumen selain ruangan
simpanan kargo turut digeledah atas tujuan provokasi.
Bangsat Israel menyerang truk bantuan yang menuju Gaza dekat kota Tarqumia di Tepi Barat selatan pic.twitter.com/pvfT7haU8p
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) May 20, 2024
Meskipun dikawal rapi anggota polis,
namun tindakan individu terbabit pada mulanya tidak dihalang dan sebahagian
besar anggota di situ hanya membiarkan situasi tersebut.
Bertindak balas atas kekecohan itu, polis kemudiannya
menggesa kesemua yang terlibat agar segera berpindah dan membiarkan trafik lalu
lintas bergerak semula.
Dua remaja dilaporkan ditahan di balai polis
Baitulmaqdis manakala tiga lagi terlibat telah dijatuhkan hukuman denda lalu
lintas.
Walau bagaimanapun, polis mengesahkan trak bantuan kemanusiaan Gaza itu telah meneruskan perjalanan dan tiada laporan serangan mahupun rusuhan diterima pihaknya susulan kejadian tersebut.
Sumber: Agensi
0 Comments