(VIDEO) Seorang lelaki resah bila polis dan bomba datang disangka hendak bunuh diri, rupanya pekerja pemasang 'aircond'

(VIDEO) Seorang lelaki resah bila polis dan bomba datang disangka hendak bunuh diri, rupanya pekerja pemasang 'aircond'


Tular sebuah video yang dirakam pekerja pemasang penghawa dingin apabila polis dan bomba dibawah bangunan pangsapuri telah datang berkumpul untuk menyelamatkannya. 


Dia yang berada di tepi bangunan sebenarnya hendak memasang penghawa dingin. Namun, gelagatnya mungkin menimbulkan salah faham orang sekitar dan mereka telah menelefon pihak berwajib untuk menyelamatkannya daripada terjun dari bangunan itu. 


Walau bagaimanapun, dia sempat merakam detik cemas itu 


"Siapa yang mahu lompat dari bangunan? Aku hanya mau pasang aircond? Siapa yang panggil polis?", katanya.



Meninjau ke ruang komen disebalik detik-detik cemas yang dihadapi lelaki itu, rata-rata netizen berasa kagum dengan kepantasan polis dan kepedulianmasyarakat sekeliling. 


"hebat polisnya. Itu tandanya, masyarakat prihatin kerana mungkin mereka risau jika terjadi apa-apa yang tidak diingini" - abu_syafiq12


"bang lompat je lah, kesian polis tu dah susah-susah dorang sedia semua" - hzkl_srbnie98


"takpe bang teruskan pasang aircond, biar je tilam udara tu kat situ, manlah tau kalau tergelincir, boleh selamat" - hasanah 021090



Post a Comment

0 Comments