Seorang wanita buntu apabila
suami baharu tidak menyukai anak perempuannya. - Gambar hiasan
STATUS diri
pasangan sama ada bujang, janda, duda atau sudah mempunyai anak
sepatutnya diketahui dari awal perkenalan.
Sekiranya berkahwin dengan pasangan yang sudah
mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu, itu tandanya anda turut bersedia
menerima mereka dalam rumah tangga yang baru dibina.
Namun tidak bagi wanita ini apabila suami
baharu tidak dapat menerima kehadiran anak perempuannya, hasil perkahwinan
terdahulu.
Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi satu hantaran di grup Kisah Rumah
Tangga di Facebook.
Pergaduhan
berkaitan anak sering berlaku antara pasangan suami isteri. -Gambar hiasan |
"Saya baru kahwin enam bulan. Sekarang ni
masalahnya suami baharu tak boleh terima anak saya. Anak saya perempuan berumur
tujuh tahun dan anak tunggal saya buat masa sekarang.
"Sebelum ni saya kerja dan memang
manjakan dia tapi tak adalah semua apa dia nak saya bagi. Lepas kahwin saya tak
kerja dan anak memang saya yang jaga.
"Masalahnya suami dengki dengan anak tiri
bila saya manjakan dia. Dia macam tak suka dan ada je benda dia selalu marah
anak saya," ujarnya.
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti
ini, suaminya malah pernah mengugut untuk melakukan perkara tidak baik kepada
anak tirinya itu.
Sikap suaminya itu menimbulkan kerisauan dan
dia sering takut memikirkan keselamatan anaknya.
Bagaimanapun dia mengakui hubungan dengan
suami adalah baik dan mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah, cuma
anaknya saja sering dimaki.
"Anak saya memang manja dengan saya
sebagai mak. Lagipun dia ada saya je dekat sini jadi apa-apa semua dia cari
saya. Tapi suami tak boleh.
"Dia nak semua anak saya buat sendiri.
Buat apa-apa sendiri. Duduk dekat rumah sorang-sorang. Saya tak nak jauh dengan
anak saya.
Dah anak kena maki,
kena ugut, boleh pula dipujinya suami dia baik. - NETIZEN
"Saya tak nak bagi anak dekat ayah
kandung dia sebab dari kecil kami tak pernah berpisah," ujarnya.
Masalah dihadapi ini membuatkan wanita ini
dalam dilema memandangkan dia menyayangi kedua-dua individu tersebut.
"Saya tak nak bercerai sebab sayang suami
saya. Dia baik je dan kami tak pernah bergaduh masalah lain melainkan dia stres
fasal anak saya.
"Saya sedih fasal dia selalu maki anak
saya. Saya juga tak nak berjauhan dengan anak sebab sayangkan dia,"
jelasnya.
Hantaran berkenaan mendapat pelbagai reaksi
netizen selepas dikongsikan oleh wanita berkenaan.
Komen
netizen di Facebook. |
Rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan
wanita ini sekiranya ingin berjauhan dengan anak demi suami baharu.
"Dah anak kena maki, kena ugut, boleh
pula dipujinya suami dia baik. Dah sayang rumah tangga tu bertahan je la sis.
"Nasihat saya pilih anak daripada pilih
suami yang memudaratkan macam tu. Kalau dia baik dan waras dia tak akan ugut,
maki budak tujuh tahun. Sedihnya saya baca.
"Pilih anak dari pilih suami baharu sis.
Berbincang dengan suami baru sis tu. Kalau lepas ni memudaratkan, ingat pilih
anak. Jangan pilih suami," komen netizen.
0 Comments