Wanita Indonesia berangan nak layanan VVIP selepas bersalin di Hospital Pulau Pinang

Wanita Indonesia berangan nak layanan VVIP selepas bersalin di Hospital Pulau Pinang


Setiap wanita sudah pasti mengharungi pengalaman yang berbeza-beza sewaktu melahirkan anak mereka.

 

Walaupun ramai yang mendakwa layanan hospital swasta adalah jauh lebih bagus kerana jururawat dan kepakaran yang bertaraf antarabangsa.

 

Tetap ada sebahagian yang berkongsi mempunyai pengalaman yang baik ketika di bawah jagaan hospital kerajaan.

 

Baru-baru ini, tular pula di laman aplikasi X mengenai sorang wanita Indonesia mendedahkan pengalamannya bersalin di sebuah hospital kerajaan telah dikecam ramai.

 

Menerusi perkongsian tangkap layar oleh @g8keepur, wanita Indonesia itu telah bersalin di salah sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang.

 

Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan layanan yang diberi kepadanya dari segi pelbagai aspek terutamanya selepas dia melahirkan bayi melalui caesarean.

 

Dia memberi rating sangat rendah untuk kesemua aspek seperti fasiliti bilik, bilik air, layanan jururawat dan layanan selepas bersalin czer di situ.

 


Malah, dia turut mengadu wad yang didudukinya bising dengan suara jururawat yang sedang bertugas ketika itu.

 

Lebih mengejutkan lagi apabila wanita itu mendakwa bayi miliknya tidak dimandikan selama empat hari oleh jururawat di situ Persekitaran wad juga dikatakan terlalu bising sehinggakan terganggu untuk tidur.

 



Lalu, dia mengingatkan para bakal ibu yang mahu bersalin untuk menyiapkan wang secukupnya dalam mendapatkan rawatan bersalin di hospital swasta. Dia mengakhiri hantaran dengan menjelaskan ini bakal menjadi kali terakhir bersalin di hospital kerajaan.

 

Susulan tularnya ciapan tersebut, rata-rata netizen telah mengecam wanita Indonesia itu kerana memberikan rating dek kerana mengimpikan layanan bak raja di hospital kerajaan.

 

Dalam pada itu, netizen turut berkongsi pengalaman masing-masig yang mana sangat berpuas hati dengan layanan dan fasiliti yang ditawarkan oleh hospital kerajaan.


Kredit: Vocket


Post a Comment

0 Comments