![]() |
Tangkap layar video memaparkan
pengantin perempuan dalam keadaan lemah.
Pastinya satu
mimpi ngeri apabila rumah tangga yang dibina merupakan satu paksaan dan bukan
atas pilihan diri sendiri.
Begitulah kisahnya melalui satu video tular di
media sosial apabila seorang pengantin perempuan menangis sehingga pengsan
ketika majlis perkahwinannya di Lombok, Indonesia.
Berdasarkan maklumat warga tempatan,
dipercayai pengantin berkenaan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang berusia
35 tahun lebih tua daripadanya.
Menerusi rakaman itu, dapat diperhatikan wanita tersebut berjalan ke arah
pelamin dalam keadaan lemah.
Raut wajahnya juga kelihatan sedih,
seolah-olah enggan menerima perkahwinan itu.
Dia kemudian pengsan sebelum dibantu oleh
penduduk dan tetamu undangan.
Rakaman yang dimuat naik ke platform Instagram
menjadi tular dengan rata-rata pelayar beranggapan perkahwinan tersebut adalah
satu paksaan.
“Dah macam dalam drama televisyen, ada
perkahwinan yang diatur,” tulis sebahagian warga maya. - Disway ID
0 Comments