Pelakon Irma Hasmie mencuri tumpuan warga maya apabila dia ada memuat naik perkembangan terbaru dirinya di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Irma menulis kapsyen berbaur luahan hati untuk terus diberikan kesabaran dan ikhlas dalam menjalani kehidupan.
Ya Allah, peluklah aku hingga hatiku bisa merasa tenang dan damai. Hilangkanlah tangisku sehingga aku bisa merasa sabar dan ikhlas, karena sabar dan ikhlas adalah satu-satunya ketulusan yang luar biasa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mendoakan agar pelakon dan personaliti TV itu kekal tenang dan ketabahan dalam menjalani ujian hidup.
Terdahulu, Irma dilaporkan sudah bercerai dengan suami,Redza Syah Azmeer pada November tahun lalu.
Redza juga telah mendirikan rumah tangga kali kedua bersama pasangannya setelah dia menguar-uarkan perkhabaran itu menerusi satu hantaran di Instagramnya.
Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan tanda tanya buat peminat Irma mengenai status hubungan suami isteri bersama Redza dan berita perceraian itu kemudian dimaklumkan sahabat Irma iaitu Reen Emran baru-baru ini.
Kredit: Beutifulnara
0 Comments