19 Kelab EPL undi kekalkan teknologi VAR musim depan

 

 


Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) mengundi untuk mengekalkan penggunaan video bantuan pengadil (VAR) walaupun terdapat kritikan hebat pada musim ini.

 

Menurut laporan The Guardian, 19 daripada 20 pasukan mengundi untuk mengekalkan VAR, yang diperkenalkan kali pertama pada musim 2019-20.

 

“Ketika VAR menghasilkan lebih banyak keputusan tepat, satu persetujuan dicapai bagi meningkatkannya demi manfaat kepada perlawanan dan penyokong,” menurut liga itu dalam satu kenyataan.

 

Walaupun 19 pasukan  undi kekalkan VAR namun mereka mendesak agar EPL melakukan penambahbaikan bagi melancarkan perjalanan perlawanan.

 

Sebelum ini, Wolverhampton Wanderers (Wolves) menghantar surat rasmi kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) dimana mereka meminta agar teknologi Video Assistance Referee (VAR) tidak digunakan bemula saingan musim 2024/25.

 


Salah seorang wakil Wolves itu berkata VAR telah merosakkan hubungan antara sukan itu dengan peminat dimana ada beberapa insiden yang dianggap merugikan beberapa kelab dalam saingan EPL.

 

EPL turut mengesahkan pada April penggunaan teknologi ofsaid semi-automatik (SAOT) akan diperkenalkan pada musim luruh 2024 untuk menyediakan peletakan garisan ofsaid maya yang lebih cepat dan konsisten, berdasarkan penjejakan pemain optik.

 

Liga dan badan induk pengadil PGMOL berkata, mereka akan terus melobi kepada Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB) untuk membenarkan lebih fleksibiliti bagi membenarkan siaran video dan audio secara langsung semasa semakan VAR.


Kredit: Vocket

Post a Comment

0 Comments